PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI SUNGAI TINGGI

MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA BANDAR & LUAR BANDAR

Sabtu, 18 April 2009

Kerja-kerja pembaikan di Masjid Jamek Kg Sg Tinggi



Gambar-gambar di Majlis Iktifal









Antara Pertandingan yang diadakan di Majlis Iktifal













Majlis iktifal ini dibahagikan kepada 5 kategori iaitu pertandingan hafazan,tulisan khat,bercerita,nasyid & tilawah.Setiap sekolah telah menghantar 2 orang wakil dalam setiap pertandingan iaitu seorang lelaki & seorang perempuan.

Kutipan derma & sumbangan dari para jemputan telah disampaikan kepada Bendahari @ Guru Besar SRAR Nurul Hidayah Kg.Sg.Tinggi.Terima kasih kepada yang menderma & menjayakan majlis ini.

Majlis iktifal ini berakhir pada pukul 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh Tuan Ishak Udin Bin Itam,Penyelia Kafa Daerah Taiping.

Iktifal SRAR


Iktifal sekolah-sekolah rendah agama rakyat telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Hidayah Kg.Sg.Tinggi pada hari sabtu 18 April 2009 bersamaan 22 Rabiulakhir 1430H pukul 9.00pagi.Sebanyak 16 sekolah rendah di Kawasan Parlimen Bukit Gantang telah mengambil bahagian yang melibatkan 450 murid.

Antara sekolah yang terlibat dengan majlis iktifal ini adalah,SRAR Nurul Hidayah Sg Tinggi,SRAR Taufiqiah Kuala Sepetang,SRAR Nur Saadah Panchor,SRAR Darul Ulum Kg Tengah,SRAR Taufiqiah Jalan Matang,SRAR Nur Hidayatul Islamiah Permatang Raja,SRAR Imam Syafie Bt Hampar,SRAR An Nur Bt 6,SRAR Ngah Ibrahim Al Barakah,SRAR Al-Mahmudiah Kg Cheh,Madrasah Hidayah Padang Gajah,SRAR Al-Hamidiah Kg Pauh,SRAR Al-Hidayah Simpang,SRAR Rashidiah Matang Gelugur,SRAR Al-Khairiah Bukit Gantang & SRAR Muhammadiah Kg Paya.

Ahad, 29 Mac 2009

Wajah-wajah juara...




Antara gambar-gambar lain






Susah payah AJK yg terlibat menyiapkan tapak