PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI SUNGAI TINGGI

MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA BANDAR & LUAR BANDAR

Jumaat, 27 Mac 2009

Sukaneka Pasti Asy Syakirin & At Taqwa










Pada 22/03/09 bertempat di perkarangan Markas Pas Sg Tinggi,telah diadakan satu sukaneka untuk murid-murid Pasti Asy Syakirin (Kg.Sg.Tinggi) & Pasti At Taqwa (Permatang Raja).Sukan ini dilakukan serentak bagi mengeratkan hubungan antara 2 sekolah & kampung.

Berbagai-bagai acara telah disediakan oleh pihak penganjur (Pasti Negeri Perak),antaranya acara untuk murid-murid Pasti (Tuju tin,susun abjad,isi air dalam botol,lari bawa bola pingpong & cari telur puyuh),acara terbuka kanak-kanak (membuat kolaj & mewarna),acara terbuka remaja (boling buah kelapa) & acara terbuka ibu bapa (shoot bola & lastik tin).Suasana sukaneka ini bertambah meriah dengan adanya cabutan bertuah.Pemeriksaan kesihatan juga turut disediakan.

Sukan ini dirasmikan oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin,Adun Changkat Jering pada pukul 9.00pagi.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama