PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI SUNGAI TINGGI

MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA BANDAR & LUAR BANDAR

Ahad, 29 Mac 2009

Wajah-wajah juara...




Antara gambar-gambar lain






Susah payah AJK yg terlibat menyiapkan tapak





Antara acara-acara yg diadakan






Acara murid-murid Pasti








Jumaat, 27 Mac 2009

Sukaneka Pasti Asy Syakirin & At Taqwa










Pada 22/03/09 bertempat di perkarangan Markas Pas Sg Tinggi,telah diadakan satu sukaneka untuk murid-murid Pasti Asy Syakirin (Kg.Sg.Tinggi) & Pasti At Taqwa (Permatang Raja).Sukan ini dilakukan serentak bagi mengeratkan hubungan antara 2 sekolah & kampung.

Berbagai-bagai acara telah disediakan oleh pihak penganjur (Pasti Negeri Perak),antaranya acara untuk murid-murid Pasti (Tuju tin,susun abjad,isi air dalam botol,lari bawa bola pingpong & cari telur puyuh),acara terbuka kanak-kanak (membuat kolaj & mewarna),acara terbuka remaja (boling buah kelapa) & acara terbuka ibu bapa (shoot bola & lastik tin).Suasana sukaneka ini bertambah meriah dengan adanya cabutan bertuah.Pemeriksaan kesihatan juga turut disediakan.

Sukan ini dirasmikan oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin,Adun Changkat Jering pada pukul 9.00pagi.

Rabu, 18 Mac 2009

Mereka yang banyak membantu & memberi semangat....



My PPIK



















PPIK SG TINGGI terletak diperkarangan Masjid Jamek Kg.Sg.Tinggi dan bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Sg.Tinggi.Bersebelahan masjid,terdapat sebuah sekolah agama rakyat.PPIK ini dibuka dengan rasminya pada 16 Dec 2008.Antara aktiviti yang dilakukan adalah kelas komputer untuk semua peringkat umur & surf internet.Ini bagi merapatkan jurang digital antara bandar & luar bandar dan PPIK Sg.Tinggi mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk-penduduk di sini.
Terima kasih semua kerana memberi kerjasama...

Antara gerai yang mempromosikan produk masing-masing




Antara gambar-gambar di tapak karnival








Karnival Desa KKLW 2009 & Rancangan Hujung Minggu Malaysia (Siaran Langsung TV1 RTM)


Pada 14-15 MAC 2009,bertempat di Padang Sungai Kerang telah diadakan satu Karnival Desa KKLW 2009,anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dengan kerjasama RTM.Karnival tersebut bertujuan membantu ushawan-usahawan mempromosikan produk masing-masing.

Banyak aktiviti yang diadakan,antaranya siaran langsung "Rancangan Hujung Minggu Malaysia"TV1,senamrobik/senam seni Malaysia (gabungan silat,taichi & kabbadi),ekspo/pameran jualan,pertandingan mewarna kanak-kanak pra-sekolah,menjahit bendera jalur gemilang gergasi,persembahan rebana/gendang,sukanika dan sukan rakyat,konsert kumpulan Raihan,pertandingan memasak mee udang,persembahan silat gendang serunai,persembahan ghazal remaja KEJORA,demonstrasi memasak kari ikan sembilang & pertunjukan seni budaya rakyat Malaysia.

Turut disampaikan Geran dan kelulusan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Penyerahan Replika Kunci Rumah kepada Peserta Program bantuan Rumah (PBR) oleh Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Karnival Desa KKLW 2009 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak,Y.A.B. Dato' Dr.Zambry bin Abdul Kadir pada pukul 9.00 pagi dan karnival berakhir pada pukul 6.00 petang.