PUSAT PERKHIDMATAN ILMU KOMUNITI SUNGAI TINGGI

MERAPATKAN JURANG DIGITAL ANTARA BANDAR & LUAR BANDAR

Ahad, 15 Mac 2009

Etika Ria Resort



Etika Ria resort merupakan sebuah kawasan pelancongan yang terletak di Kg Ulu Tinggi,kira-kira 30km dari bandar taiping.Ia merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menjanjikan kelainan bagi pengunjung yang inginkan kedamaian & ketenangan.

Dahulu kawasan ini adalah sebuah lombong tinggal yang dikelilingi oleh pokok-pokok sawit dan sejak tahun 1999,ia telah diteroka oleh Pak Ali (Md Saad Haron)untuk dijadikan tempat memancing.Ia mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kaki-kaki pancing yang kemudiannya meminta Pak Ali membina chalet bagi kemudahan kaki-kaki pancing memancing sepanjang malam.

Destinasi ini telah dirasmikan pada 20 Ogos 1999 oleh YB Datuk Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz,iaitu Timbalan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet,dewan,padang permainan,peralatan sukan,trek joging,kafe,set karaoke dan peralatan berkhemah.Disini juga menyediakan berbagai-bagai pakej pelancongan & lawatan.

1 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama