Karnival Desa KKLW 2009 & Rancangan Hujung Minggu Malaysia (Siaran Langsung TV1 RTM)
Pada 14-15 MAC 2009,bertempat di Padang Sungai Kerang telah diadakan satu Karnival Desa KKLW 2009,anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dengan kerjasama RTM.Karnival tersebut bertujuan membantu ushawan-usahawan mempromosikan produk masing-masing.
Banyak aktiviti yang diadakan,antaranya siaran langsung "Rancangan Hujung Minggu Malaysia"TV1,senamrobik/senam seni Malaysia (gabungan silat,taichi & kabbadi),ekspo/pameran jualan,pertandingan mewarna kanak-kanak pra-sekolah,menjahit bendera jalur gemilang gergasi,persembahan rebana/gendang,sukanika dan sukan rakyat,konsert kumpulan Raihan,pertandingan memasak mee udang,persembahan silat gendang serunai,persembahan ghazal remaja KEJORA,demonstrasi memasak kari ikan sembilang & pertunjukan seni budaya rakyat Malaysia.
Turut disampaikan Geran dan kelulusan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Penyerahan Replika Kunci Rumah kepada Peserta Program bantuan Rumah (PBR) oleh Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Karnival Desa KKLW 2009 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak,Y.A.B. Dato' Dr.Zambry bin Abdul Kadir pada pukul 9.00 pagi dan karnival berakhir pada pukul 6.00 petang.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama